Kita mengetahui bahawa badan kita terbina dari berjuta-juta
sel.
Dalam sel ini
terdapat pusat aktiviti yang disebut sebagai nukleus.
Dalam nukleus pula
terdapat kromosom yang mengandungi gen.
Gen inilah yang mengawal sifat kita.
Contohnya ia mengawal samaada
rambut kita kerinting atau tidak.
Gen adalah bahan baka yang membawa maklumat genetik.
Gen terletak dalam kromosom. Jika
dilihat menerusi mikroskop,
kromosom adalah struktur bebenang dalam nukleus
sel.
Manusia boleh tumbuh dan membiak kerana selnya boleh
membahagi. Dua jenis pembahagian sel ialah mitosis dan meiosis. Mitosis berlaku
dalam seluruh badan dan menyebabkan setiap hari kita membesar. Bilangan
kromosom yang terhasil tetap sama dengan gen asal [kadang kala digelar 'gen
induk']. Meiosis pula berlaku dalam testis atau ovari untuk menghasilkan
sperma atau ovum. Bilangan kromosom dalam sperma ialah separuh dari bilangan
sel induk. Manusia mempunyai 23 kromosom iaitu separuh dari kromosom sel induk
(46 kromosom).
MITOSIS
MEIOSIS
Terdapat
banyak perbezaan antara mitosis dan meiosis.
MITOSIS
|
MEIOSIS
|
a. Berlaku dalam sel soma
b. Untuk pertumbuhan fizikal
c. Menghasilkan 2 "sel anak" setiap pembahagian
d. Tidak menyebabkan variasi
|
a. Berlaku dalam organ pembiakan (testis/ovari)
b. Untuk pembentukan sel gamet (sperma/ovum)
c. Menghasilkan 4 "sel anak"
d. Menyebabkan variasi
|