Powered by Blogger.
RSS

Pembahagian Sel

Kita mengetahui bahawa badan kita terbina dari berjuta-juta sel. 
Dalam sel ini terdapat pusat aktiviti yang disebut sebagai nukleus. 
Dalam nukleus pula terdapat kromosom yang mengandungi gen.
Gen inilah yang mengawal sifat kita. Contohnya ia mengawal samaada
rambut kita kerinting atau tidak.

Gen adalah bahan baka yang membawa maklumat genetik.

Gen terletak dalam kromosom. Jika dilihat menerusi mikroskop,
kromosom adalah struktur bebenang dalam nukleus sel.

Manusia boleh tumbuh dan membiak kerana selnya boleh membahagi. Dua jenis pembahagian sel ialah mitosis dan meiosis. Mitosis berlaku dalam seluruh badan dan menyebabkan setiap hari kita membesar. Bilangan kromosom yang terhasil tetap sama dengan gen asal [kadang kala digelar 'gen induk']. Meiosis pula berlaku dalam testis atau ovari untuk menghasilkan sperma atau ovum. Bilangan kromosom dalam sperma ialah separuh dari bilangan sel induk. Manusia mempunyai 23 kromosom iaitu separuh dari kromosom sel induk (46 kromosom).

MITOSIS

Image result for cell division mitosis

MEIOSIS

Image result for meiosis




Terdapat banyak perbezaan antara mitosis dan meiosis.

MITOSIS
MEIOSIS
a. Berlaku dalam sel soma
b. Untuk pertumbuhan fizikal
c. Menghasilkan 2 "sel anak" setiap pembahagian
d. Tidak menyebabkan variasi
a. Berlaku dalam organ pembiakan (testis/ovari)
b. Untuk pembentukan sel gamet (sperma/ovum)
c. Menghasilkan 4 "sel anak"
d. Menyebabkan variasi

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SEL SEBAGAI UNIT ASAS KEHIDUPAN

APAKAH ITU SEL?? 

Sel ialah unit terkecil dalam organisma hidup - sel sangat kecil dan hanya boleh dilihat di bawah mikroskop. MIKROSKOP
1. mikroskop merupakan sebuah alat optik yang membantu kita melihat objek seni seperti sel. 
2. mikroskop yang biasa digunakan di makmal ialah mikroskop cahaya.




Bagaimana menggunakan mikroskop?

1. Letakkan mikroskop diatas meja dengan bahagian lengan mikroskop menghala kearah anda. 
2. Putarkan kanta objek kuasa rendah sehinga anda mendengar bunyi ‘klik’. Pastikan kanta objek berada betul-betul di atas lubang pada pentas. 
3. Letakkan diafragma dan cermin supaya jumlah cahaya yang masuk adalah maksimum. 
4. Letakkan slaid yang mengandungi spesimen di atas pentas mikroskop dan kepitkan dengan klip mikroskop


SEL HAIWAN



SEL TUMBUHAN



FUNGSI STRUKTUR SEL

BAHAGIAN
                                           FUNGSI                          
NUKLEUS
MENGAWAL SEMUA AKTIVTI SEL
MEMBRAN SEL
MENGAWAL BAHAN KELUAR/MASUK KE DALAM SEL
SITOLASMA
MENYIMPAN BAHAN TERLARUT/ MEMBOLEHKAN PROSES KIMIA BERLAKU
KLOROPLAS
MENGHASILKAN KLOROFIL UNTUK FOTOSINTESIS
DINDING SEL
MENGEKALKAN DAN MEMBERI BENTUK KEPADA SEL
VAKUOL
MENYIMPAN AIR, GLUKOSA DAN GARAM MINERAL



PERBANDINGAN DI ANTARA SEL HAIWAN DAN SEL TUMBUHAN

SEL HAIWAN
PERBEZAAN
SEL TUMBUHAN
TIADA BENTUK TETAP
BENTUK
BENTUK TETAP
TIADA
KLOROPLAS
ADA
TIADA
DINDING SEL
ADA
TIADA (KECUALI HAIWAN PERINGKAT RENDAH)
VAKUOL
ADA
LEBIH KECIL
SAIZ
LEBIH BESAR






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Apa Itu Sains?



Sains ialah kajian secara sistematik berkenaan alam semulajadi tentang bagaimana ianya memberi kesan kepada kita dan juga persekitaran kita.

Fenomena alam semulajadi yang berlaku di sekeliling kita boleh dijelaskan melalui sains. Seekor berudu yang bertukar menjadi seekor katak dewasa, sebiji buah kelapa yang jatuh ke tanah dan seketul ais yang sedang mencair, adalah merupakan antara contoh-contoh fenomena alam semula jadi.

Semua ini boleh difahami melalui kajian sains. Pengetahuan saintifik sentiasa berkembang. Pengetahuan ini boleh diperolehi melalui pemerhatian yang teliti, kajian yang mendalam dan juga melalui penyelidikan secara saintifik.

Sains merupakan sebahagian daripada kehidupan seharian kita. Makanan, pakaian serta peralatan yang kita gunakan juga mempunyai dengan sains.

Sains juga banyak membantu kita dalam menghasilkan lebih banyak makanan, bahan-bahan baru serta peralatan-peralatan yang berguna bagi kita.

Melalui kajian sains juga, banyak pengetahuan serta penemuan baru diperolehi. Ini dapat meningkatkan taraf hidup serta kualiti alam sekitar kita.

Sains meliputi bidang kajian yang sangat meluas. Antaranya adalah seperti berikut:
Bilologi - Kajian mengenai benda-benda hidup.
Fizik - Kajian interaksi antara bahan dan tenaga.
Kimia - Kajian mengenai komposisi dan sifat-sifat bahan kimia serta tindak balas mereka, dan penggunaannya. 


  • Geologi – Kajian mengenai batuan dan mineral. 
  • Astronomi – Kajian mengenai bintang-bintang dan planet-planet. 
  • Meteorologi – Kajian mengenai cuaca dan iklim. 
Sains juga menawarkan pelbagai pilihan kerjaya. Orang yang berkerjaya lazimnya memilih bidang kerjaya bergantung kepada kepentingan serta apa yang mereka minati dalam bidang sains.
Bidang perubatan dan bidang kejuruteraan adalah merupakan antara contoh kerjaya yang menjadi pilihan ramai.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SELAMAT DATANG

ASSALAMUALAIKUM AND WELCOME TO MY BLOG

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS